Dalam senarai tersebut, dinyatakan seramai 40 orang terkaya di Malaysia dan dari senarai tersebut bangsa Cina mendominasi senarai orang2 terkaya di Malaysia dengan jumlah seramai 31 orang, manakala bangsa India pula seramai 2 orang dan dari jumlah2 itu bangsa Melayu selaku majoriti di Malaysia ini mencatat jumlah jutawan seramai 7 orang sahaja.
Itu yang aku pelik dan hairan bagaimana ada suara2 sumbang yang menyatakan bahawa Malaysia ini menindas golongan minoriti, sedangkan kekayaan dalam negara ini dibolot oleh majoritinya bangsa2 lain. Dan yang lebih janggal dan terkejut ada suara2 bangsa kita sendiri yang nak menghapuskan hak2 dan keistimewaan bangsa kita di bumi ini..Kita belum mampu untuk mencapai target dan sasaran yang telah disasar lebih 30 tahun dahulu..usaha perlu dipertingkatkan, dengki dan khianat perlu dihapuskan..
Bagaimana kita nak kategorikan orang sebegini yang memandang sinis dan penuh prasangka terhadap bangsanyer sendiri.. Ye betul, aku akui mungkin ada kepincangan dimana2..., namun salah ke? kalau kita duduk semeja berbincang dan berdiplomasi secara baik dan berhemah untuk mencari titik persamaan dan mencari jalan untuk memastikan bangsa kita boleh berjaya dan terus berjaya..Segalanya mampu dan boleh andai persengketaan dan politik sempit di tolak ketepi..
Nama2 mereka dan jumlah kekayaan mereka adalah seperti berikut :
7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary

19. Datuk Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum

28. Datuk Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia

30. Datuk Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group
31. Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

37. Raja Datuk Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda


9:19 PM
penulis
Posted in:
0 comments:
Post a Comment